Pages

Friday, December 2, 2011

Sharing is caring..hee~~

0 kata hikmat::
TARIKH LAHIR KERAMAT!!

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


selamat membaca..^__^


pssstt~~credit to my FB frenz Hafeezah Harun

Friday, November 25, 2011

Berjalan-jalan dengan si kenit's..

0 kata hikmat::
assalamualaikum dan hi!!

di sebabkan sekarang adalah time untuk aku duk rumah sementara nak tunggu dapat kroje..so inilah jadiknya kan..kepala da naik sakit bila mengadap laptop ni dari pagi sampai ke malam. adakah membuat kerja?ow..semestinya la tidakkan..mengadap laptop adalah untuk mencarik kroje dalam sejam dan yang selebihnya adalah untuk ber'blogwalking' dan semestinya menghadap novel secara online kan..tapi..kepuasan memegang buku dan mengadap laptop adalah tidak sama okeh. yes! aku adalah orang yang sedikit oldskool dalam bab membaca.hee~~ 

so petang semalam tujuan utama mestilah ke Popular kat Taiping. misi adalah untuk mencari novel yang di idamkan..target nak pergi sorang then baru singgah rumah kngah. tapi cam xbest pulak. call kngah tanya si kenit's buat apa dan nak ikut ke x acu (acu adalah singkatan untuk maksu okeh.) diorang nih berjalan2.pastu pegi pick-up 2 kenit's nih baru pegi ke popular.

dah sampai popular..pusing punya pusing..novel yang di idamkan TAKDE!! huu~~ sungguh kechiwa..lastly bagi 2 orang kenit's nih je la pilih apa yang diorang nak.. dapat la sorang satu buku. kakak nak kamus begambar dan adik dapat Ben10..layan je la..di sebabkan da petang balik dulu rumah kngah ambik baju2 diorang nih untuk d angkut balik ke rumah opah diorang merangkap mak aku then baru jalan balik rumah.

da dapt buku tuh xsabar la pulak nak tengok..dalam kereta nih la jadiknya..

aishah and adeeb menghadap kamus bergambar

kakak tunjuk adeeb tengok okeh!hee~~

ni lah si kenit's yang sronok dapat buku..
 otw nak balik rumah tuh singgah makan jap kat KFC. da lama xmakan kan..katanya lah kan..padahal acu dia yang da lama xmakan..hakhak..so kenit's nih sekadar alasan untuk singgah d KFC nih.hee~~

adeeb da dapat happy feet dia terus xpandang yang lain

kakak carik arahan dulu baru nak main..haha

sesi dera untuk si kenit's..haha

adeeb yang penuh gaya..hahaha

adeeb..kenapa mesti macam tuh ye?haha

okeh acu diorang nak enteprem jap ngan happy feet nih..haha

owh muka gedix!;P


ok lah..tu je nak citer...bahawa semalam aku berpoya-poya dengan si kenit's..walaupun kepala macam nak pecah rasanya..hukhuk..

daaa.........^__^

Wednesday, November 23, 2011

Buat DIA..

0 kata hikmat::

Hanya pada-NYA ku sandarkan segalanya
berharap agar DIA meminjam kan ku sedikit kekuatan
berdoa agar di berikan sedikit ketabahan oleh-NYA
meminta agar di berikan kesabaran dari-NYA
hanya DIA yang mampu menunaikan segalanya
Ya Allah hanya pada-MU ku berharap dan meminta
sesungguhnya aku tidak berdaya
hanya secangkir senyuman yang mampu di pamerkan
buat menghadang segala kekusutan yang melanda
biarlah..
biar ia di simpan jauh ke dalam sana
tanpa perlu di sirna kan pada pandangan mata
kerana cukup hanya DIA yang maha mengetahui 
segala yang tersimpan nun jauh di dalam sana..


Wednesday, November 16, 2011

Hari terakhir bergelar Mahasiswa

1 kata hikmat::

Assalamualaikum n slamat sejahtera..


Alhamdulillah..hari ni merupakan hari terakhir berada d Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute. hari ni jugak merupakan hari terakhir bergelar mahasiswa. lepas ni da bertukar status sebagai graduan okeh!hee~~ sepanjang 3tahun brada d MFI ni macam2 yang da d pelajari. bukan takat ilmu nak jadik pandai kan. tp siap pakej lengkap dengan ilmu kehidupan okeh.haha..kat sini blaja betapa banyak nya ragam manusia atas muka bumi ni..masam+manis+pahit.eh, semua adalah. yang pasti mematangkan aku sebagai manusia. time ni la kita boleh kenal siapa kawan atau lawan kan..wah..da macam pakar kaunseling ayat ko kan?hekhek..


yang pasti lepas ni sila la bersedia untuk carik keje pulak ye..ngee~~ ready kah aku? lepas ni dunia akan semakin luas..harap persediaan da mantop la kan. eh, jap..aku nak cite pasal hari terakhir kan nih?terasa macam mukadimah je da berjela. baru mukadimah ye.hehe..


Aku antara orang yg terawal balik kamp utk present aku punya industrial training repot. Budak kelas aku yg lain ramai next week. So memang xsempat la nak jumpa kan..sorry ye kawan2 aku balik dulu. Lambat bebeno nak tunggu korang.huu..walaupon aku merupakan orang yg terawal present, tp aku puashati.hee..presentation aku ok, repot ok. So memang lancar je hari aku. Terima kasih ye incik supervisor sebab banyak membantu. Lega sangat. Bila urusan da selesai semua maka sangat la bersemangat kan.


Tetiba teringat..owh..da habis rupanya kehidupan sebagai pelajar ye. No more enjoice lg lepas ni..no more la sangat kan.. Fokus kena lagi tajam dan akal+minda+jiwa perlu siap sedia utk menghadapi cabaran2 yg datang lepas ni..wah..jangan kau berazam untuk sebulan je da la shafiqah..hehe..


D sebabkan aku orang yg awal datang, maka aku jugak orang yg awal sekali balik.huu..memang xsempat jumpa yg lain. Dan bila berpisah kali ni xtau bila pulak dapat jumpa dan ucapan pon semua da lain. Kalo dulu jumpa next sem ye tapi kali ni jumpa kat fb ye.haha..


masing2 lepas ni akan bawak haluan masing2. Yang keje dengan keje..yang sambung master akan prepare untuk tempat dan course, and bagi yg nak cuti2 malaysia..kau la tu kan shafiqah..hehe..slamat bercuti2 malaysia sambil mencari pekerjaan.hehe..


Yang pasti selamat berjaya untuk diri sendiri dan semua kawan2 yg bakal melangkah ke satu lagi fasa kehidupan...^__^


Daa...


Published with Blogger-droid v2.0.1